Welcome. . .

Monday, December 27, 2010

Matematika.


Satu tambah satu sama dengan dua.

Asal kita langsung tidak tahu apa beza antara 
satu dan dua. Makin bertambah masa, makin kita 
didedahkan dengan idea bahawa satu itu separuh
dari dua. Dan satu itu terdiri dari dua 1/2.

Dan bila berjalan berterusan hidup kita dengan
idea itu - maka jadilah kita mahir tentangnya.
Putar-putar pun simbolnya, satu tambah satu tetap dua.

Inilah bagiku, erti kematangan.

Matang tidak semestinya dia baru tahu tentang 
sesuatu yang berharga dan bernilai tentang kehidupan,
sudah dikira matang.

It's how you apply it on your daily life, 
and -by time- turns out to be your daily basis.

Kerana orang matang, selalunya bersandarkan kepada
akibat berbanding sebab. Kerana itu, mereka jarang
mengeluh. Kerana itu, mereka jarang menyatakan kesakitan.

Mereka makhluk yang paling bertimbangrasa. ;)

~~~

Haha. Sungguh tinggi demand aku, kan? :P ~ 
Hanya para nabi dan para solehin saja yang
matang, begitu?

Tidak. Mereka yang matang adalah mereka yang
menjejaki orang terdahulu dalam memahami simplicity 
manusia yang takkan pernah keluar dari sukukata 'insan'.
Ataupun ertinya, pelupa.

Mereka paham itu. Maka mereka memesankan 
perkara-perkara yang benar, dan bersabar 
dalam meneruskannya.

Dan mereka tidak pernah lupa, bahawa manusia
itu pelupa. Lupa bahawa dia diuji selama mana 
dia di bumi ini.

~~~

Jadi matang, bukan satu keperluan yang didesak-desak. 
Ianya kesedaran total.Dan kau hidup dalam kesedaran itu.
Setiap liku, kau tahu cara mengendalinya.

Bersyukurlah. Kerana dikurniakan akal. 
Dan syukur itu bukan sekadar dengan lidah.

Ia adalah dengan menggunakannya ke arah yang baik. 

Tujuan yang murni.

Akhlak yang indah lagi terpuji.

No comments:

Post a Comment